Iman Orang Mukmin

Iman orang mukmin..hatinya sentiasa dapat menghayati bahawa segala yang wujud di dunia ini adalah ciptaan dan hakmilik mutlak Allah.Manusia hanya diberi amanah untuk menjaganya buat sementara waktu..Sebab itulah:

a) Hatinya penuh rasa syukur dan malu dengan Allah apabila diberi kemewahan,pangkat,ilmu,kebahagiaan dan keselesaan hidup.

b)Hatinya penuh rasa takut bila Allah berikan kekayaan,harta dan wang ringgit,bimbang kalau tersalah guna.

c)Hatinya rasa malu bila diberikan pangkat dan kedudukan kerana dirasakannya itu semua daripada Allah.Bahkan dia takut dan bimbang akan menyebabkan dia kufur dengan nikmat Allah jika dia menggunakannya untuk kepentingan diri.

d)Bila Allah kurniakan padanya kecantikan,kecerdikan,akal yang pintar, petah, rajin, berjaya,sabar,redha,ilmu...dia terasa semua itu daripada Allah dan dia tidak mempunyai apa-apa sekiranya Allah tarik semula Nikmat-nikmatNya.

e)Sekiranya Allah tambahkan nikmat padanya lagi,dia terasa malu kerana tiada apa-apa yang ada pada dirinya yang dapat dipersembahkan kepada Allah...sehingga ibadahnya juga dirasakan dari Allah.

f)Dia sedar kalau Allah tidak menggerakkan anggota badannya,dia tidak akan mampu berbuat apa-apa.sEGALA-GALANYA ADALAH PEMBERIAN ALLAH.

g)Sentiasa sabar dan redha ketika ditimpa ujian.sentiasa berlapang dada walaupun nikmat yang diberi padanya ditarik semula.

Itulah antara contoh-contoh Iman Orang Mukmin...Sesungguhnya....Ibadahnya..dirinya..hidupnya...dan matinya kerana ALLAH ..

Kami Mujahidah

Menjadi anak serta isteri yang cerdik dan solehah cita-cita kami.
Kasih dan redha Allah perjuangan kami.